fbpx

7 lokaliti di Kedah, Sabah kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh lokaliti di Kedah dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 9 Julai depan kerana merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 yang tinggi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti di Kedah iaitu Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim dan kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena masing-masing merekodkan 22 dan 27 kes positif.

“Sebanyak 423 ujian saringan dijalankan di Politeknik Sultan Bahiyah manakala 38 ujian saringan dilakukan di Kawasan Perindustrian Bestgrade,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak lima lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD melibatkan Kampung Muhibbah, Menggatal, Kota Kinabalu; Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau; Kampung Merotai, Kalabakan; Kampung Tahak, Membakut, Beaufort dan Flat Indah Jaya, Sandakan.

Dalam pada itu, Ismail mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Tajin, Kuala Berang, Terengganu selain tiga taman perumahan di Pahang iaitu Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur seperti dijadualkan esok.

“Selain itu PKPD di Ladang Tereh Mill, Kluang, Johor dan Kampung Kolong 2, Kuching, Sarawak turut ditamatkan esok,” ujarnya.

Tambahnya, PKPD di lima lokaliti di Mukah, Sarawak iaitu Rumah Panjang Bala anak Umba, Rumah Panjang Tulu anak Sli, Rumah Panjang Duah anak Entingi, Rumah Panjang Balik anak Gema, Sekolah Kebangsaan St. Luke dan Klinik Kesihatan Nanga Baoh turut ditamatkan esok berbanding 4 Julai mengikut jadual asal.

“Manakala PKPD di Kampung Kampung Lakai, Jelebu, Negeri Sembilan ditamatkan sehari lebih awal berkuat kuasa pukul 11.59 malam esok,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI