fbpx

Pemain industri sukan bakal terima berita gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal ketika mengadakan perbincangan secara maya dengan Tengku Zafrul berhubung cadangan membantu pemain industri sukan.

PUTRAJAYA – Pemain industri sukan bakal menerima berita baik apabila Kementerian Kewangan menerima cadangan-cadangan yang dikemukakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha membantu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beberapa cadangan bersifat intervensi dan rehabilitasi industri sukan telah dikemukakan.

Beliau berkata, cadangan yang dikemukakan itu disesuaikan dengan garis masa Pelan Pemulihan Negara yang akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa yang ditetapkan seperti mana pengumuman Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, pihak Perbendaharaan menerima dengan baik cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh KBS.

“Insya-Allah, saya akan kongsikan pengumuman berkaitan tidak lama lagi. Ia diharap dapat mengurangkan sedikit beban serta memberi kelegaan terhadap kesulitan sedang ditanggung oleh pemain industri,” katanya dalam satu kenyataan menerusi platform Facebook malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan secara maya bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI