fbpx

11 lelaki iring mayat direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 11 lelaki direman di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 11 lelaki yang disyaki terlibat dalam perarakan mengiringi mayat di Jalan Tiram, Butterworth di sini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh baru-baru ini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga Khamis ini terhadap suspek berusia 15 hingga 35 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nigel Jirin di Mahkamah Majistret Butterworth di sini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998.

Terdahulu, kesemua suspek ditahan di sekitar Mak Mandin dan Butterworth dalam operasi selama kira-kira empat jam berakhir pukul 10 malam tadi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis memburu beberapa individu bagi membantu siasatan selepas sebuah video berdurasi 56 saat yang memaparkan beberapa lelaki sedang mengiringi mayat di Jalan Tiram ke sebuah pusat pembakaran tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, kumpulan terbabit dilihat menari, membawa sepanduk dan bermain gendang, manakala beberapa lelaki lain dilihat mengusung keranda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI