fbpx

113 kilang diarahkan tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sejumlah 113 buah kilang telah diarahkan tutup sejak 1 Jun lalu hingga semalam berikutan pelaksanaan operasi pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh tersebut pemeriksaan telah dijalankan terhadap 510 buah kilang dan tindakan tegas telah diambil kepada pihak yang melanggar SOP yang diwartakan.

“Ia merupakan usaha untuk memastikan sektor perkilangan dan perniagaan mematuhi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh diadakan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ismail berkata, secara kumulatifnya, sebanyak 24,942 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa sejak 14 Januari lalu melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,123 kilang.

Jelasnya, 167 kilang serta 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup dalam tempoh tersebut dan semalam sahaja sebanyak 2,027 pemeriksaan harian dilaksanakan dengan sejumlah 12 kompaun dikeluarkan terhadap premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI