fbpx

New York ‘beraya’, isytihar bebas lockdown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertunjukan bunga api dimainkan di sekitar bangunan mercu tanda di Manhattan pada 15 Jun lepas sebagai meraikan kejayaan 70 peratus daripada golongan dewasa New York telah menerima dos pertama vaksin Covid-19. – AFP

NEW YORK – New York mengisytiharkan hari ‘kebebasan’ kelmarin selepas Gabenor, Andrew Cuomo mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19 di negeri berkenaan, lapor akhbar Times of India.

Cuomo mengisytiharkan berita baik itu selepas lebih 70 peratus populasi New York telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19.

Menurut Cuomo, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat penduduknya.

“Kami akan terus menggalakkan penduduk New York untuk mendapatkan vaksinasi,” katanya.

Bersempena pengisytiharan itu, sebanyak 13 bangunan mercu tanda di New York dinyalakan dengan lampu berwarna biru dan emas pada malam Selasa lepas.

Manakala penduduk di 10 kawasan di sekitar bandar itu turut berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api.

Sementara itu, antara peraturan Covid-19 yang dimansuhkan adalah berkaitan sosial dan komersial.

Ia termasuk individu yang telah divaksin tidak perlu lagi mengamalkan penjarakan fizikal dua meter dan memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, mereka yang belum divaksin masih perlu patuh kepada peraturan tersebut.

Selain itu, mereka juga perlu menunjukkan bukti keputusan negatif ujian Covid-19 terkini sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis.

Selain New York, negeri-negeri lain di Amerika Syarikat juga dilaporkan bakal mengambil langkah serupa susulan penurunan kadar jangkitan Covid-19 serta progres program vaksinasi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI