fbpx

Empat lagi kawasan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak empat kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga kawasan terbabit di Sabah, manakala satu di Kelantan.

Menurut beliau, PKPD di Sabah membabitkan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4 dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4 di Lahad Datu serta Fasa 1 dan Fasa 2 Taman Digot di Penampang.

Kata beliau, PKPD di Kelantan pula di Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh.

“Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD ini bermula 21 Jun sehingga 4 Julai 2021.

“SOP (Prosedur Operasi Standard) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD di beberapa lokasi termasuk empat Rumah Panjang di Batang Oya, Dalat, Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat esok pula dilanjutkan sehingga 4 Julai 2021.

Kata beliau, lokasi terbabit adalah Rumah Panjang Bala anak Umba, Rumah Panjang Tulu anak Sli, Rumah Panjang Duah anak Entingi, Rumah Panjang Balik anak Gema, Sekolah Kebangsaan (SK) St Luke dan Klinik Kesihatan Nanga Baoh.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan PKPD di FELDA Umas 4, Kalabakan, Sabah; Asrama Pekerja Kilang Eco Medi Glove, Mukim Taiping, Perak dan Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang tamat esok.

Kata beliau, PKPD di Kampung Tanjung Batu Darat, Kampung Blok 31, Kampung Sentosa, Blok 5 Hilltop dan Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu di Tawau pula ditamatkan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI