fbpx

China batal ratusan penerbangan kerana varian India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI Huawei dirakam di Shenzhen pada 31 Mei lalu. - AFP

BEIJING – Lapangan terbang di bandar Shenzhen, selatan China membatalkan beratus-ratus penerbangan dan mengetatkan kawalan kemasukan hari ini  selepas seorang pekerja restoran positif Covid-19 varian India (Delta).

Sesiapa memasuki fasiliti tersebut wajib menunjukkan keputusan negatif ujian koronavirus dalam tempoh 48 jam sebelumnya, kata syarikat Shenzhen Airport Group dalam satu kenyataan dalam akaun WeChat  rasminya 

Pegawai-pegawai kesihatan bandar raya Shenzhen berkata,  pelayan wanita berumur 21 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Baoan itu telah dijangkiti varian India. Wanita itu positif saringan rutin yang dilakukan pada Khamis lepas.

Shenzhen yang merupakan kota raya berjiran dengan Hong Kong, menempatkan beberapa syarikat teknologi terbesar Asia termasuk pengeluar peralatan telekomunikasi, Huawei dan gergasi permainan video, Tencent.

China melaporkan 30 kes baharu koronavirus semalam termasuk enam jangkitan tempatan di wilayah Guangdong, selatan China yang menempatkan bandar Shenzhen.

Hampir 400 penerbangan keluar masuk dari lapangan terbang itu dibatalkan semalam, manakala berpuluh-puluh penerbangan yang dijadualkan hari ini turut dibatalkan.

Wang pembayaran tiket penumpang akan dipulangkan tanpa sebarang penalti, kata pihak berkuasa lapangan terbang itu.

Berjuta-juta penduduk Shenzhen telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak beberapa minggu lalu selepas wabak kecil dikesan di bandar itu bulan ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI