fbpx

PDRM terima laporan berhubung Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Sekiranya diperlukan, individu-individu yang berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya ringkas dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk dirakam keterangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia berikutan, kenyataan Takiyuddin yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Polis akan siasat kerana kadang kala saya nak kamu (wartawan) bagi maklumat lanjut kepada saya, kadang-kadang kamu semua cakap tiada maklumat lanjut menyebabkan orang lain yang jadi masalah.

“Jadi bila ada maklumat lanjut, kita akan siasat apa yang sebenarnya dia cakap,” katanya pada sidang akhbar khas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di pejabatnya.

Bagaimanapun Hamzah menjelaskan, pihak berkuasa akan memastikan dahulu kandungan ucapan Takiyuddin sebelum tindakan boleh diambil terhadap beliau.

Semalam, Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd. Ithnin mendakwa kenyataan Takiyuddin terhadap titah Yang di-Pertuan Agong adalah tindakan derhaka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI