fbpx

Belgium mara ke pusingan kalah mati, Denmark terus terkulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Belgium, Kevin De Bruyne (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Belgium menewaskan Denmark 2-1 pada saingan Kumpulan B, Euro 2020 di Stadium Parken, Copenhagen sebentar tadi. - AFP

CONPENHAGEN – Belgium berjaya mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020 selepas berjaya menewaskan Denmark 2-1 pada saingan Kumpulan B di Stadium Parken, Copenhagen sebentar tadi.

Dalam aksi tadi, Denmark yang beraksi tanpa bintang tengah berpengaruh, Christian Eriksen kerana serangan jantung Ahad lalu berjaya menampilkan aksi memberangsangkan apabila mengawal perlawanan pada separuh masa pertama dengan baik.

Belgium pula dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik pada separuh masa pertama sejurus penyerang Denmark, Yusuff Poulsen meledak gol pembukaan seawal minit kedua berpunca daripada kesilapan pertahanan.

Denmark terus menggandakan serangan dan turut melakukan tiga percubaan tepat untuk menguji penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois. Bagaimanapun, keputusan 1-0 kekal pada separuh masa pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua perlawanan, Belgium menurunkan bintang terbaiknya iaitu Eden Hazard dan Kevin De Bruyne yang baru pulih daripada kecederaan muka ketika beraksi pada final Liga Juara-Juara bulan lalu.

Kemasukan dua bintang tersebut berjaya mengubah rentak permainan Belgium dan umpanan bijak De Bruyne yang berpunca daripada gerakan Lukaku memberi peluang kepada Thorgan Hazard untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-55.

Keghairahan De Bruyne beraksi bagaimanapun dilihat belum reda apabila dia turut meledak gol kedua Belgium pada minit ke-70. Tersentak dengan keadaan tersebut, Denmark bangkit melakukan serangan bertali arus, namun percubaan mereka sekadar melepasi palang gol.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada lima minit masa tambahan perlawanan, namun kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel tamat perlawanan dibunyikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI