fbpx

Bawa masalah, Seo Ye-ji akhirnya buka mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEO YE-JI

HAMPIR dua bulan terpalit dengan pelbagai kontroversi yang menjatuhkan namanya, aktres Seo Ye-ji akhirnya tampil bersuara.

Menerusi satu status ringkas yang dimuat naik dalam laman sosial peminatnya baru-baru ini, rata-rata pengikutnya lega apabila mengetahui aktres itu berada dalam keadaan baik.

“Mengetahui bahawa ada yang masih percayakan saya, itu membuatkan saya berasa gembira,” tulisnya ringkas.

Kebanyakan peminat turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Seo Ye-ji dan meluahkan kerinduan untuk melihat dirinya beraksi dalam kaca televisyen.

Terdahulu, aktres itu didakwa mengongkong kekasihnya, Kim Jung-hyun sehingga mendatangkan masalah kepada pasukan produksi penggambaran drama Time pada 2018.

Tidak terhenti setakat itu, ada dakwaan yang turut mengatakan Seo Ye-ji sering membuli petugas yang bekerja dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI