fbpx

Wanita derma buah pinggang kepada bekas isteri suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Debby (kiri) dan Merthe (kanan) kini bersahabat baik selepas pembedahan yang berjaya itu. -Andy Filmore/For The Star Benner

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang wanita warga Amerika Syarikat yang baru dua hari berkahwin sanggup mendermakan buah pinggang miliknya kepada bekas isteri suaminya , lapor laman berita Good News Network semalam.

Debby Strickland yang berpacaran dengan  Jim Strickland selama 10 tahun berkata, suaminya itu mempunyai hubungan yang amat baik dengan bekas isterinya, Mylean Merthe memandangkan mereka membesarkan dua orang anak bersama.

Merthe yang menderita sakit buah pinggang perlu mencari penderma sesuai.

Buah pinggangnya hanya berfungsi pada tahap 8 peratus dan perlu segera dibedah bagi membolehkan dia terus hidup.

Merthe kemudian mendapat tahu isteri baharu bekas suaminya iaitu Debby merupakan penderma yang sesuai.

Selepas membuat ujian darah dan sampel tisunya diambil, Debby bersetuju untuk melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang itu dua hari selepas majlis perkahwinannya.

“Ia merupakan hari yang sangat menggembirakan dalam hidup saya,” kata Debby.

Pembedahan tersebut berjaya dan kedua-dua wanita itu kini berkawan baik dan menggelar diri masing-masing sebagai ‘adik-beradik buah pinggang’. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI