fbpx

Kerajaan ambil langkah susulan titah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan mengambil maklum titah pandangan Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang terkandung dalam kenyataan Istana Negara pada 16 Jun 2021.

“Menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum dan menasihati baginda mengenai perjalanan pengurusan pandemik Covid-19.

Kata kenyataan itu, ia termasuk penguatkuasaan Ordinan Darurat, pelaksanaan program imunisasi kebangsaan, pakej rangsangan ekonomi, bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan pemulihan Negara dan perkara berkaitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI