fbpx

Cubaan bawa masuk 28 tan daging kerbau India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor merampas 28 tan daging kerbau sejuk beku dari India berikutan nombor 'seal' pada kontena tidak sama seperti diikrarkan dalam dokumen pengangkutan barang. - Foto IHSAN MAQIS

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor berjaya mengekang cubaan membawa masuk 28 tan daging kerbau tanpa tulang sejuk beku dari India bernilai RM293,842 di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang di sini, semalam.

Pengarah Maqis Negeri Johor, Hizzuan Hasim berkata, daging kerbau tanpa tulang sejuk beku itu dirampas susulan pemeriksaan dan penahanan sebuah kontena pada pukul 5.40 petang semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati nombor ‘seal’ pada kontena tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam dokumen pengangkutan barang yang diikrar.

Katanya, bekalan daging berkenaan dipercayai bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

“Oleh itu, kesemua daging kerbau seberat 28,008 kilogram (kg) tanpa tulang berkenaan dirampas bagi tindakan lanjut.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan.

“Kesalahan itu mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI