fbpx

Dua pelajar koyak al-Quran digantung sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua murid sekolah menengah Akademi Fulwood di Preston digantung sekolah selepas mengoyakkan al-Quran di hadapan pelajar lain minggu lalu. - Google Street

LONDON – Dua pelajar sekolah menengah di England digantung sekolah selepas mereka  mengoyakkan kitab suci al-Quran di hadapan pelajar lain, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Beberapa guru di sekolah itu segera menghubungi polis dan pegawai antikeganasan selepas dua insiden tersebut berlaku di Akademi Fulwood, Preston pada  minggu lalu.

Pihak sekolah dalam satu kenyataan menyatakan bahawa dua insiden berasingan itu  bertentangan dengan nilai yang oleh  masyarakat setempat.

Pengetua Akademi Fulwood, Dave Lancaster berkata,  beliau segera memaklumkan kejadian itu kepada Lancashire Constabulary and Prevent iaitu inisiatif antikeganasan tempatan bertujuan untuk melindungi dan membantu mereka yang terdedah kepada doktrin radikalisasi.

Kes tersebut dijangka mengambil masa untuk diselesaikan kerana pertuduhan jenayah akan dibuat oleh Perkhidmatan Pendakwaan Diraja dan bukannya pihak polis.

Pengetua sekolah dan jabatan pendidikan tempatan berkata, mereka akan bekerjasama untuk  memastikan insiden itu  disiasat secara telus tanpa sebarang diskriminasi perkauman.

“Selain memastikan pelaku menerima hukuman kerana  perbuatan mereka, kami juga fokus untuk mengenal pasti punca sebenar kelakuan ini kerana ia tidak pernah berlaku dalam masyarakat kita,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, mereka turut memohon sokongan daripada  imam  masjid tempatan untuk membantu menyelesaikan isu tersebut.

“Kami sedar ada luka yang perlu disembuhkan susulan kejadian ini dan kami akan melakukan segala yang mampu untuk saling menyokong anggota komuniti di Akademi Fulwood,” jelas kenyataan sama.

Sementara itu jurucakap Lancashire Constabulary juga mengesahkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak sekolah bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

“Setiap orang di daerah kita wajar dibenarkan menjalani kehidupan mereka bebas daripada  gangguan dan ketakutan terhadap jenayah kebencian. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI