fbpx

PKPD Kampung Lakai: 287 penduduk jalani saringan kedua esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (kanan) memeriksa kawat duri di salah satu laluan masuk ke kampung. FOTO- MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

JELEBU- Seramai 287 orang penduduk Kampung Lakai, Simpang Durian dekat sini yang  dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menjalani ujian saringan kedua Covid-19, esok.

Pegawai Daerah Jelebu, Abdul Rahim A. Aziz berkata, jumlah tersebut daripada 345 orang penduduk yang telah disaring awal sebelum ini dan 88 orang telah pun disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, daripada jumlah positif Covid-19 itu, 22 orang telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kuala Pilah, Port Dickson dan hospital manakala 323 orang penduduk yang lain diarah menjalani kuarantin sepenuhnya di rumah masing-masing.

“Pejabat Daerah Kesihatan Daerah (Jelebu) telah menjalankan saringan dan bertindak seminggu yang lalu disebabkan semua pesakit kes Covid-19 di sini telah diketahui awal dan telah dihantar ke PKRC Kuala Pilah.

“Bagi mereka (penduduk) yang memakai gelang merah yang masih kami tidak ketahui sama ada mereka positif Covid-19 atau tidak, mereka diharap dapat kekal di rumah sahaja bagi kita putuskan rantaian Covid-19. Seramai 287 orang akan menjalani saringan kedua esok dan dari keputusan kedua ini kita akan melihat keadaan kes di PKPD ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI