fbpx

Kempen jualan Sime Darby Property cecah RM572 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik bagi unit kediaman Elmina Green Four, Sungai Buloh yang bercirikan moden, mewah dan keselesaan kepada penghuninya.

PETALING JAYA – Sime Darby Property Bhd. (Sime Darby Pro­perty) telah berjaya mencatat jualan sehingga RM572 juta daripada kempen Siap, Sedia, Raya yang telah berlangsung dari 15 April hingga 31 Mei lalu.

Kempen itu melibatkan jualan sebanyak 662 unit hartanah dan rumah kediaman di 14 buah perbandaran milik Kumpulan sepanjang kempen berkenaan.

Kempen Siap, Sedia, Raya menawarkan pembeli rumah sehingga RM10,000 selain pakej jualan semasa untuk hartanah terpilihnya.

Ia terdiri daripada City of Elmina, Bandar Bukit Raja, Ara Damansara, Subang Jaya City Centre, Putra Heights, KL East Mall, Melawati, KLGCC Resort, Serenia City, Nilai Impian, Planters’ Haven, Chemara Hills, Bandar Ainsdale dan Bandar Universiti Pagoh.

Tawaran itu termasuk faedah daripada program Your Instalments on Us sehingga 36 bulan di hartanah terpilih.

Bakal pembeli rumah juga turut menikmati pengalaman pembelian yang mudah bagi hartanah pilihan mereka melalui penye­diaan kit jualan secara online yang disedikan Kumpulan melalui platform digital.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, faktor kadar dasar semalaman (OPR) yang rendah, pengecualian duti setem dan penghapusan 70 peratus margin had pembiayaan serta disokong lanjutan kempen pemilikan rumah 2021 yang diumumkan kerajaan telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan mencatat jualan yang menggalakkan.

“Pencapaian ini adalah susulan daripada pengambilan jualan menggalakkan pada kadar lebih 90 peratus yang telah diperoleh Kumpulan sejak awal tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Azmir menjelaskan, projek hartanah terbaharunya iaitu Elmina Green Four di Sungai Buloh yang bernilai RM144 juta serta­ Hevea Phase 2 di Shah Alam bernilai RM67 juta telah terjual.

Projek di Lyra 2, Bandar Bukit Raja menyaksikan sebanyak 93 unit terjual dengan jumlah tempahan sebanyak RM68 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI