fbpx

Tiga tokan diberkas bersama dadah bernilai RM29,050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dijumpai disembunyikan dalam bumper hadapan kereta Perodua Myvi, kelmarin.

PETALING JAYA – Polis berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah jenis heroin dengan penahanan tiga lelaki tempatan termasuk merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM29,050, kelmarin.

Kegiatan itu terbongkar apabila suspek pertama berusia 33 tahun diberkas di sebuah rumah di kawasan Jalan Pandan Indah 21, Pandan Indah, Kuala Lumpur di sini pukul 12.40 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Narkotik melalui Op Tapis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil soal siasat, suspek telah membawa polis ke sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diparkir di kawasan perumahan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut telah menjumpai sejumlah dadah disyaki heroin (830 gram) yang disorok di bahagian bumper hadapan kereta tersebut.

“Hasil maklumat suspek pertama, polis meneruskan serbuan kedua pada hari yang sama kira-kira pukul 3.45 petang di sebuah bengkel di kawasan Batu Tanah Mukim, Gombak.

“Dua lelaki tempatan berusia 39 dan 40 tahun dicekup dipercayai mempunyai rangkaian dalam aktiviti pengedaran dadah jenis heroin di Lembah Klang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati dua daripada tiga suspek positif dadah dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Rabu ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI