fbpx

Premis haram buang sisa kimia diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis haram diarahkan tutup kerana menyebabkan tumpahan sisa kimia ke dalam longkang Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, semalam.

PASIR GUDANG – Tindakan pantas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor serta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengarahkan sebuah premis haram tutup serta-merta berjaya menghalang pencemaran air berlaku di Sungai Kim Kim, sini semalam.

Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam satu kenyataan berkata, satu serbuan dibuat susulan aduan orang awam berkenaan tumpahan bahan kimia iaitu glycerin pitch memasuki longkang awam di Taman Kota Masai, di sini.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti jual beli kitar semula bahan buangan yang dihasilkan daripada industri oleokimia.

“Siasatan mendapati pencemaran berpunca daripada tumpahan sisa glycerin pitch daripada beberapa buah tong drum yang dikumpulkan di luar premis haram tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di premis terbabit menemui sejumlah 796 buah tong drum yang mengandungi glycerin pitch yang diletakkan di merata tempat tanpa kawasan penstoran khas.

“Tindakan pantas JAS Johor dan semua pihak berkuasa yang terlibat telah berjaya mengelakkan tumpahan sisa glycerin pitch terus mengalir melalui longkang dan akhirnya ke Sungai Kim-Kim,” katanya dalam kenyataan hari ini-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI