fbpx

Pemandu maut terbabas, langgar tebing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang mengorbankan nyawa pemandu kereta di kilometer 13, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, malam tadi. -Foto IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas lalu melanggar tebing di kilometer 13, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Murugen, 40, yang beralamat di Taman Satellite, Bahau disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, mangsa yang merupakan pekerja kebun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Ayer Hitam menghala ke Bahau. Sampai di tempat kejadian, semasa melalui selekoh, mangsa dipercayai telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing tanah lalu terbalik.

“Akibat daripada kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jempol untuk bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, tadi.

Chang Hook berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI