fbpx

Krim Brilliant Skin Essentials dikesan mengandungi tretinoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krim berjenama Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream yang dikesan mengandungi tretinoin.

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan racun berjadul tretinoin dalam produk kosmetik berjenama Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.

“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan-kesan sampingan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI