fbpx

Gesa moratorium secara menyeluruh – GEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENIAGA pasar malam antara golongan terjejas selepas dilarang berniaga sepanjang total lockdown. -GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Persatuan Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) menggesa pihak kerajaan untuk mengumumkan pemberian moratorium secara menyeluruh terhadap semua rakyat termasuk golongan M40 dan T20.

Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, pemberian moratarium tidak perlu diluluskan secara bersasar kepada golongan B40 sahaja kerana ramai juga pekerja daripada golongan M40 dan T20 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

Armin Baniaz

“Mengikut kajian pihak kami, hampir keseluruhan rakyat negara ini ada membuat pinjaman daripada institusi kewangan dan ramai di antara mereka sudah terjejas.

“Situasi ketika ini sudah berbeza, kita boleh lihat bagaimana juruterbang hilang pekerjaan dan kini hanya menjual burger di tepi jalan bagi meneruskan kehidupan,” katanya ketika sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, moratorium amat diperlukan rakyat bagi memastikan kelangsungan hidup mereka dalam menempuh situasi genting fasa pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia ketika ini.

“Tanpa moratarium, ramai individu akan mengalami kebangkrapan, manakala kita akan dengar banyak lagi perniagaan akan gulung tikar.

“Adakah kita mahukan situasi seperti ini berlaku di negara kita? Diharapkan mesej serta gesaan ini sampai kepada pihak terlibat bagi membantu rakyat kita yang terjejas,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI