fbpx

11 Pemimpin politik selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 11 pemimpin parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini sejak Rabu lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin pertama menghadap YDPA diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Sesi menghadap turut disusuli Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Pengerusi Penaja Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal.

Seawal pagi tadi, tiga pemimpin parti politik selesai menghadap YDPA iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, A. Vigneswaran.

Presiden PBS, Maximus menjadi wakil pemimpin parti terakhir selesai sesi menghadap secara fizikal pukul 3.24 petang di sini hari ini.

Parti terakhir dijadualkan menghadap adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal dijalankan pada Isnin depan secara persidangan video.

Kosmo! difahamkan, semua pemimpin mendedahkan sesi menghadap berkisar berkenaan pembukaan semula sesi persidangan Parlimen, penamatan darurat dan isu penularan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI