fbpx

Jawi, Jakim kebumikan 603 jenazah Covid-19 setakat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tugas Pasukan Pengurusan Jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus ditagih apabila dikerah menguruskan puluhan jenazah Covid-19 setiap hari.

Setakat hari ini, pasukan itu sudah menyempurnakan pengebumian bagi 603 jenazah berdasarkan Laporan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jakim dan Jawi yang dikeluarkan hari ini.

Jika hendak dibandingkan sebulan yang lalu, jumlah jenazah yang diuruskan adalah sekitar 300 jenazah dan kini ia sudah meningkat sekali ganda.

Jakim menerusi hantaran di Facebook berkata, setakat hari ini, pasukan itu sudah menguruskan 363 jenazah lelaki dan 240 jenazah wanita.

Menurutnya, jenazah berusia 61 hingga 88 tahun paling ramai diuruskan iaitu 300 jenazah diikuti 41 hingga 60 tahun (184 jenazah).

“Selain itu, bagi usia 81 hingga 100 tahun (56 jenazah), 21 hingga 40 tahun (57 jenazah) dan bawah usia 20 tahun (enam jenazah).

“Lokasi paling ramai meninggal dunia adalah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 267 jenazah,” katanya.

Katanya, kesemua jenazah itu diuruskan dan dikebumikan oleh 69 petugas lelaki dan 19 petugas wanita.

Kesemua jenazah itu dikebumikan di tiga Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) di bawah selian Jawi iaitu TPIRS KL- Karak 2, TPIRS Bukit Kiara 1 dan TPIRS Kampung Melayu Kepong. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI