fbpx

Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kira-kira 4,500 penjaja yang berdaftar di bawah Skim Wilayah Bebas Berniaga boleh menarik nafas lega apabila tempoh lesen percuma itu dilanjutkan hingga hujung tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, tempoh lanjutan skim itu bertujuan meringankan beban penjaja selain memudahkan golongan itu membuat perancangan perniagaan dalam suasana Covid-19.

“Lesen-lesen ini tidak tamat bulan depan, boleh disambung secara automatik, mereka perlu memasukkan data secara dalam talian dan kami akan beri sambungan lesen secara automatik.

“Mereka juga tidak dikenakan sebarang bayaran, tidak payah bayar lesen, tapak dan lesen percuma selain boleh terus berniaga di bawah program ini sampai akhir tahun,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook tadi.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut meminta kerjasama peniaga supaya menjaga penjarakan fizikal antara satu gerai dan gerai yang lain.

“Saya juga sudah minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meninjau supaya kedudukan gerai tidak terlalu rapat supaya sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, Skim Wilayah Bebas Berniaga dijadualkan tamat pada 31 Julai depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI