fbpx

Pegawai polis ditahan dipercayai rogol janda di pejabatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis ditahan selepas dipercayai merogol dan memaksa seorang janda melakukan seks oral di dalam biliknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini pada Sabtu lalu.

Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku sewaktu mangsa yang berusia 27 tahun dibawa keluar dari lokap di Balai Polis Pengkalan Chepa di sini oleh pegawai polis itu ke pejabatnya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang terletak bersebelahan balai tersebut.

Menurut sumber, ibu kepada dua orang anak itu ditahan pada Jumaat lalu bersama bekas suaminya selepas dipercayai memiliki pil kuda dan syabu.

“Siasatan mendapati, semasa berada di dalam pejabat, suspek telah memaklumkan kepada mangsa bahawa kes itu boleh diselesaikan jika dia menuruti kehendaknya.

“Mangsa kemudian telah dipaksa melakukan perbuatan seks oral dan pakaiannya telah dibuka sebelum diperkosa suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sumber itu berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI