fbpx

Pelajar hanya boleh tumpu 20 minit sahaja PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan empat beradik mengikuti PdPR menggunakan telefon bimbit milik bapa mereka Pangkalan Nelayan Kampung Gelam, Port Dickson bulan lalu. - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PETALING JAYA – Golongan pendidik disarankan untuk tidak mengadakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti yang dilaksanakan di bilik-bilik darjah.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, mereka sebaliknya perlu menjalankan PdPR dengan memecahkan pelajar-pelajar kepada kelompok-kelompok kecil terutamanya bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, kajian dijalankan menunjukkan pelajar hanya boleh fokus selama 20 minit maksimum menerusi PdPR.

“Jika lebih lama fokuskan mereka akan semakin kurang. Pakar mencadangkan supaya topik pengajaran guru dipecahkan kepada unit unit yang lebih kecil.

“Misalnya satu topik dipecahkan kepada tiga atau empat subtopik bagi setiap sesi PdPR. Selepas 20 minit guru akan berikan latihan. Kemudian sambung lagi 20 minit PdPR,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, guru juga harus mengajar berasaskan penyelesaian masalah dan memberi tumpuan kepada aspek latihan.

“Benarkan pelajar untuk berbincang sesama mereka dalam menyelesaikan masalah dan latihan yang diberikan oleh guru,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Annuar berkata, guru haruslah membimbing pelajar untuk menyediakan jadual ulang kaji yang sistematik dan meliputi semua topik tertinggal.

“Edaran nota dan bahan-bahan bantu belajar oleh guru juga akan dapat membantu pelajar yang tertinggal topik-topik tahun lepas.

“Kerja berkumpulan secara dalam talian juga akan banyak membantu pelajar untuk menelaah topik yang ketinggalan,” katanya.

Tambahnya, ibubapa juga memainkan peranan penting untuk membantu dan menyokong calon-calon SPM dengan meningkatkan motivasi dan sokongan kepada mereka.

“Komunikasi ibu bapa dengan guru mata pelajaran juga akan memberikan semangat dan keyakinan untuk pelajar meneruskan pembelajaran PdPR di rumah masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI