fbpx

Diana Penty mahu redakan tangisan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA PENTY

MODEL yang juga pelakon popular Bollywood, Diana Penty mengakui tidak boleh sekadar berdiam di rumah dan melihat kesengsaraan masyarakat di sekelilingnya, akibat Covid-19 tanpa berbuat apa-apa.

Atas alasan itu, dia kini terlibat dengan sebuah kempen kesedaran bersama badan amal Ketto India

“Jutaan masyarakat di India terkesan akibat pandemik Covid-19 dan memerlukan wang untuk menampung pembiayaan rawatan di hospital.

“Oleh itu, saya perlu melakukan sesuatu melalui badan amal Ketto India untuk membantu mendapatkan sedikit pembiayaan menerusi kempen kesedaran yang dianjurkan,” ujarnya.

Menerusi media sosial, aktres Happy Bhag Jayegi itu menyeru orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sebarang bentuk bantuan untuk mengakhiri tangisan dan penderitaan penduduk India.

“Saya tahu ramai yang menderita, tetapi jika setiap daripada kamu menghulurkan sedikit bantuan, pasti akan membawa makna yang besar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI