fbpx

3,600 sukarelawan MyVAC diperlukan sehari bagi operasi di 276 PPV seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wasitah

PUTRAJAYA – Seramai 3,600 sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) bukan kesihatan diperlukan dalam sehari bagi melancarkan operasi di 276 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Datuk Wasitah Yusof berkata, pihaknya menyeru individu berminat untuk menyertai program MTVAC sekali gus membantu petugas barisan hadapan perubatan di PPV berkenaan.

Beliau berkata, buat masa ini, sebanyak 276 PPV dibuka di seluruh negara dengan lima PPV dikategorikan sebagai PPV mega, 13 PPV berskala besar, lapan PPV AstraZeneca dan selebihnya PPV awam (berskala kecil).

“Bagi PPV berskala besar, ia mampu mengendalikan kira-kira 8,000 hingga 10,000 suntikan dos sehari.

“Bagi PPV ini, ia memerlukan antara 50 hingga 100 sukarelawan bukan kesihatan dalam sehari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, sukarelawan bukan kesihatan itu akan ditempatkan di dua stesen di PPV iaitu stesen 1 (saringan suhu) dan stesen 2 (pendaftaran dan pengesahan maklumat klien).

Wasitah berkata, mereka juga diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja lain seperti persediaan tempat dan kelengkapan termasuk mengiringi penerima vaksin, menolak kerusi roda dan membantu isi borang.

Menurutnya, individu berminat boleh mendaftar sebagai sukarelawan MYVAC di www.MYVAC.com.my

MyVAC adalah satu inisiatif ditubuhkan hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), KBS, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).

Program sukarelawan ini adalah bagi membantu melancarkan program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI