fbpx
SALAH seorang tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Syariah Muar semalam. Ikhsan JAINJ.

Isytihar puasa lewat sehari, 3 beranak didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Tiga beranak mengaku salah pertuduhan ingkar arahan pihak berkuasa agama berkaitan pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai tarikh permulaan puasa 1 Ramadan 1448 Hijrah ketika dihadapkan ke Mahkamah Syariah di sini.

Tertuduh, Ambiah Bunanjin,68, serta dua anaknya Abdul Qodir Jailani Bunanjin,29, serta Muhammad Idris Bunanjin,25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Syarie, Mohamad Fadzil Esa.

Mengikut kertas pertuduhan, Ambiah Bunanjin,
dituduh mengikut seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana mengingkari pihak berkuasa Agama yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 ringgit atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dengan mengetuai upacara melihat anak bulan di tepi pantai Parit Penyengat, Muar pada Rabu,18 Februari 2026 dan menyatakan anak bulan tidak kelihatan seterusnya memberitahu supaya mula berpuasa pada 20 Febuari.

Ambiah Bunanjin turut dituduh mengikut seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 iaitu melanggar arahan pihak berkuasa agama apabila enggan berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026 bertempat di madrasahnya di Muar sedangkan tarikh tersebut beliau sepatutnya mula berpuasa.

Tertuduh ke dua, Abdul Qodir Jailani dituduh mengikut Seksyen 43(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana bersubahat dengan kesalahan Seksyen 9 kerana telah membuat kenyataan dengan menyebar kenyataan di dalam kumpulan Whatsapp ‘Kuliah Maghrib Manaqib’ mengenai permulaan puasa pada Jumaat, 20 Februari 2026.

Tertuduh ke tiga, Muhammad Idris dituduh kerana bersubahat mengikut Seksyen 43(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana bersubahat dengan Seksyen 9 iaitu bertindak sebagai pengendali kumpulan Whatsapp ‘Kuliah Maghrib Manaqib’, yang membenarkan penyebaran kepada ahli kumpulan itu seramai 72 orang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN