fbpx
Gambar hiasan

Jual kandungan lucah, penjual kuih didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Seorang penjual kuih didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menghantar video sumbang dan lucah bagi tujuan komersial dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu kepada Branley Mohd. Tahar, 24, selain memerintah hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi iaitu akaun Telegram ‘Babylia’ dan memberikan komunikasi lucah iaitu akses kepada kumpulan Telegram ‘Baby channel lifetime’ yang mengandungi video-video lucah bagi maksud komersil.

Tertuduh juga didakwa menjual kandungan itu kepada ejen penyamaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui akaun Telegram dengan bayaran sebanyak RM150.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ahmad Fuad berkata, kesalahan dilakukan tertuduh jelas melanggar dua prinsip dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Katanya, kesalahan dilakukan tertuduh memberi kesan negatif kepada masyarakat, selain bertentangan dengan nilai agama Islam.

“Kamu (Branley) dah langgar dua Rukun Negara, yang mana ia adalah core foundation in our country (asas teras dalam negara kita).

“Jangan guna media sosial untuk merosakkan moral ‘public’ (orang awam) dan keharmonian negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN