fbpx

Warga asing leka berjudi antara dicekup JIM di perkampungan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam serbuan di salah sebuah tapak pembinaan di Cyberjaya ketika operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Cubaan hampir 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dan bertindak bersembunyi dalam kawasan semak tidak berjaya mengaburi mata pihak berkuasa selepas mereka ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) malam tadi.

Malah ada di antara mereka sedang leka berjudi dan minum secara berkumpulan ketika serbuan dilakukan di perkampungan haram di sebuah kawasan tanah terbiar di sini yang dipercayai didiami kumpulan PATI itu hampir empat tahun lalu.

Lebih mengejutkan, kawasan berkenaan yang rata-rata didiami warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Nepal, Indonesia, India dan Pakistan itu dilengkapi bekalan elektrik dan air yang dipercayai disambung secara haram.

Turut dibina di perkampungan haram berkenaan ialah kedai kopi dan gunting rambut serta kawasan santai untuk mereka berehat.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sebanyak 156 daripada 202 warga asing yang diperiksa, ditahan dalam operasi itu hasil risikan JIM selama tiga bulan.

Menurutnya, PATI yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh seramai 62 orang, Indonesia (42), Nepal (20), Myanmar (29) dan masing- masing seorang warga India, Sri Lanka dan Pakistan yang kesemuanya berumur antara 23 hingga 50 tahun.

“Daripada jumlah itu, 144 ialah lelaki manakala 12 lagi wanita kerana kesalahan tiada dokumen dan tinggal lebih masa. Sebanyak 46 warga asing lain dibebaskan kerana mempunyai dokumen lengkap.

“Dalam operasi ini JIM turut membebaskan empat sekeluarga yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” katanya pada sidang akhbar selepas turut sama menyertai operasi bersepadu berkenaan di sini malam tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI