fbpx
Logo.

Rugi RM1,109 angkara gelang emas RM259

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang pegawai eksekutif sumber manusia mengalami kerugian RM1,109 apabila menjadi mangsa penipuan pembelian barang kemas lelong yang tidak wujud melalui laman Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang berumur 27 tahun melihat iklan dalam Instagram Kedai_Lelong.Emas, kelmarin.

“Mangsa kemudian menghubungi penjual untuk membeli seutas gelang tangan berharga RM259 sebelum membuat transaksi pemindahan wang sebanyak RM259 ke akaun yang diberikan kepadanya.

“Namun suspek sekali lagi meminta bayaran sebanyak RM850 sebagai penebusan barang kemas terbabit sebelum mangsa membuat pemindahan wang ke akaun yang sama,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Jelasnya, tidak cukup dengan itu, suspek sekali lagi meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM2,500 atas pelbagai alasan tidak munasabah menyebabkan mangsa berasa curiga.

Ujarnya, mangsa yang berasa ditipu tampil membuat laporan di Balai Polis Beserah di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN