fbpx

Mira Filzah suntik vaksin, tak perlu dedah lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH

RAMAI yang puji pelakon cantik Mira Filzah kerana masih menjaga keterbatasan auratnya sewaktu menerima suntikan vaksin baru-baru ini.

Sebagai seorang pelakon wanita bertudung, Mira mestilah kena sentiasa peka dan menunjukkan contoh yang baik kepada peminat.

Ada juga peminat pelakon itu bertanyakan soalan, bagaimana cara dia menerima suntikan vaksin tanpa perlu mendedahkan aurat yang terlalu ketara.

Ujar Mira dia memakai baju berlengan besar dan senang untuk disingsing pada bahagian yang hendak disuntik sahaja, tetapi masih menjaga aurat lengan kerana memakai sarung tangan panjang.

Cara yang diajar Mira itu sedikit sebanyak dapat juga memberi idea para wanita lain yang ingin mendapatkan suntikan vaksin nanti.

Diva memang daripada dahulu sukakan pendekatan Mira Filzah, sebab bukan sahaja cantik, tetapi jarang menimbulkan kontroversi tidak enak.

DIVA: Tak sabar rasanya nak tengok penyanyi Haqiem Rusli bersanding atas pelamin. Siapalah gadis bertuah yang bakal jadi permaisuri hati penyanyi Mimpi itu nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI