fbpx

Gagal seludup minyak masak ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Kelantan memeriksa kotak minyak masak yang cuba diseludup ke negara jiran di sebuah stor, semalam. /FOTO IHSAN KPDNHEP KELANTAN

PASIR MAS – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 9.35 tan minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran gagal apabila dia ditahan di stor simpanan barangan tersebut di Lorong Rogayah di sini, semalam.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dalam serbuan pada pukul 9 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, hasil pemeriksaan di stor berkenaan telah membawa kepada penemuan sebanyak 9.35 tan minyak masak paket bersubsidi bernilai RM23,375 yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Katanya, siasatan mendapati, modus operandi penyeludup menggunakan stor di kawasan sempadan negara sebagai transit sementara sebelum menyeludup barangan tersebut.

“Penyimpanan barangan di dalam stor itu sengaja dilakukan untuk mengaburi mata anggota penguatkuasa.

“Selepas itu, barangan-barang tersebut akan dibawa masuk ke negara jiran menggunakan perahu melalui Sungai Golok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azanizam, pihaknya sedang mengesan punca perolehan bekalan itu dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI