fbpx

Rampas arak RM1.64 juta diikrar paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian arak yang dirampas pihak kastam dalam pemeriksaan.

KLANG – Cubaan menyeludup arak bernilai RM1.64 juta yang diikrarkan palsu sebagai paip kimpalan keluli tahan karat dan ‘Castor Wheel’ gagal apabila dirampas pihak berkuasa dalam serbuan berasingan di sini baru-baru ini.

Kesemua arak itu dirampas masing-masing daripada sebuah kontena pada 3 dan 29 Mei lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zazuli Johan berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan dilakukan Pasukan Penguatkuasaan, JKDM Zon Tengah, Unit II Selangor di Pelabuhan Barat dan Utara.

Difahamkan kontena itu dari negara China dan Singapura.

“Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua kontena itu menemukan minuman keras berjenama Strong Southan dan Tiger Beer Lager yang tidak mempunyai kelulusan kastam.

“Usaha mengesan ejen perkapalan yang telah dikenalpasti sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan minuman keras diklasifikasi sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 3, Jadual Ketiga/Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenal Import) 2017.

Jazuli menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI