fbpx

Harga tiket konsert RM4,126 buat peminat tidak divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Teenage Bottlerocket perlu membayar harga tiket berjumlah AS$18 (RM74.30) bagi yang telah divaksin dan AS$999.99 (RM4,126.65) bagi yang tidak divaksin. – Getty Images/Metro UK

ST PETERSBURG, FLORIDA – Penganjur sebuah konsert di Amerika Syarikat (AS) bertindak menjual tiket konsert pada harga AS$18 (RM74.30) bagi peminat yang divaksin manakala harga AS$999.99 (RM4,126.65) bagi pengunjung yang tidak divaksin, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Menurut penganjur konsert kumpulan rock punk, Teenage Bottlerocket itu, langkah tersebut diambil kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin akan menakutkan sebilangan besar pengunjung lain.

Menerusi laman jualan tiket yang akan mula dijual pada 26 Jun ini, penganjur menetapkan peminat yang ingin membayar tiket berharga AS$18 (RM74.30) perlu mendapatkan dos kedua vaksin Pfizer atau Moderna, atau satu dos vaksin Johnson & Johnson pada atau sebelum 6 Jun.

“Kami tidak mengarahkan anda apa yang perlu dilakukan. Kami hanya membuat keputusan perniagaan dan membiarkan pembeli yang memilihnya.

“Jika seseorang yang tidak divaksin datang ke konsert ini, mereka akan menakutkan sebilangan besar pengunjung lain. Jadi, mereka perlu membayar ‘harga’ tersebut,” ujar penganjur tersebut.

Bagi peminat yang membeli tiket berharga AS$18 (RM74.30), mereka perlu mengemukakan bukti vaksinasi di pintu masuk konsert.

Selain itu, para petugas, sukarelawan dan ahli kumpulan Teenage Bottlerocket sendiri akan turut divaksinasi sebaik menjelang acara konsert tersebut.

“Jangan lakukannya (menerima vaksinasi) kerana Teenage Bottlerocket melakukannya atau menyuruh anda melakukannya.

“Sebaliknya, lakukanlah untuk diri sendiri, kesihatan dan masyarakat sekeliling,” ujar salah seorang ahli kumpulan tersebut, Ray Carlisle. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI