fbpx

Wanita dibelasah suami mungkin lupa ingatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jahidah hanya mampu terlantar di katil dan berkemungkinan akan lupa ingatan selepas cedera pada bahagian kepala setelah disyaki dipukul suaminya bulan lalu.

JOHOR BAHRU – Selepas dirawat selama 27 hari setelah mengalami cedera parah akibat dipukul suaminya, pegawai wanita sebuah jabatan kerajaan akhirnya dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka, kelmarin.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fazariah, 38, berkata, kakaknya yang berusia 43 tahun masih belum sedarkan diri, namun keadaannya stabil.

“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.

“Selepas mendapat kebenaran Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, kami membawanya pulang ke Sungai Udang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Berita berkaitan: Isteri hamil parah dibelasah suami

Berita berkaitan: Polis edar wajah saksi kes pukul 

Fazariah berkata, keluarga­nya reda dengan ketentuan Ilahi selepas pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan selain peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis.

Katanya, usia kandungan mangsa kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik.

“Sekarang ini kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.

“Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa boleh berbuat demikian ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI