fbpx

95,142 syarikat dapat kelulusan MITI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 95,142 syarikat telah memperoleh kelulusan untuk beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari bermula semalam hingga 14 Jun 2021.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi satu kenyataan berkata, jumlah tersebut adalah daripada 517,144 syarikat yang berdaftar di bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) di bawah kementerian yang sama setakat pukul 12 tengahari tadi.

“Berdasarkan jumlah yang lulus, dianggarkan sebanyak 1.2 juta pekerja dibenarkan bekerja di premis syarikat masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak kami amat menggalakkan syarikat daripada sektor yang dibenarkan beroperasi namun masih belum mendaftar dengan CIMS 3.0 hendaklah melaksanakan perkara ini dengan segera.

“Langkah ini membolehkan mereka mendapat kelulusan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP penuh ini,” kata kenyataan itu.

Menurut MITI, semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh pihaknya melalui CIMS 3.0 perlu mengandungi kod QR supaya pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan yang lain dapat mengesahkan kesahihan surat kelulusan itu.

Tambahnya lagi, pihak MITI telah mengadakan perbincangan dengan kementerian yang berkenaan untuk melaksanakan keputusan terkini.

“Sebanyak sembilan kementerian sudah menyenaraikan sektor ekonomi masing-masing yang diluluskan untuk MITI mengeluarkan surat kelulusan kepada mana-mana syarikat yang berdaftar dengan CIMS 3.0.

“Pihak kami juga turut menubuhkan pusat operasi khas untuk memastikan penyelarasan CIMS 3.0 yang efektif dan kelancaran proses aplikasi yang sesuai dengan SOP PKP penuh yang terkini,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI