fbpx

Tiga peniaga positif Covid-19, Pasar Awam Bukit Mertajam ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Bukit Mertajam ditutup selama sembilan hari selepas tiga peniaga dikesan positif Covid-19, hari ini

SEBERANG PERAI – Sekurang-kurangnya tiga kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaga di Pasar Awam Bukit Mertajam di sini sekali gus memaksa operasi pasar itu ditutup bermula pukul 2 petang hari ini hingga 8 Jun depan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, penutupan selama sembilan hari itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan segera.

Pada masa sama, katanya, ia juga bertujuan membolehkan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Seberang Perai Tengah (SPT) di sini meneruskan siasatan berkaitan pengesanan kontak rapat selain melakukan aktiviti saringan terhadap peniaga yang terlibat.

“Pihak MBSP juga menyeru agar mana-mana peniaga yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat supaya segera hadir ke Bilik Gerakan (PKD SPT) untuk menjalani ujian calitan atau menghubungi bilik gerakan tersebut di talian 04-539 7884 untuk mendapatkan janji temu.

“Selain itu, mana-mana peniaga yang ingin menjalani ujian itu juga boleh berbuat demikian di mana-mana klinik swasta serta memaklumkan kepada MBSP hasil keputusan yang diperolehi untuk tujuan rekod dan perancangan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Rozali, satu operasi bersepadu yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan digerakkan untuk mengesan peniaga yang enggan berbuat demikian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI