fbpx

Sedia pusat sehenti kelulusan operasi dan perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan menyediakan pusat sehenti berhubung pengeluaran kelulusan permit kebenaran beroperasi dan perjalanan melibatkan sektor penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dijalankan bermula esok.

Presidennya, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, ramai majikan meluahkan rasa bingung dan berdepan kesukaran dalam proses mendapatkan keizinan dan kelulusan dari pihak berkuasa.

“Agak sukar untuk sampai ke kementerian berkenaan untuk mendapatkan kelulusan berbanding semasa PKP 1.0, proses tersebut diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, kelewatan mendapatkan kelulusan untuk beroperasi dan kebenaran melakukan perjalanan untuk kakitangan akan merugikan banyak pihak dan pihak majikan yang telah sedia berdepan tekanan semasa pandemik tidak mampu lagi menggalas beban tambahan.

“Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu, majikan dalam 17 sektor ekonomi dan perkhidmatan penting memerlukan kelulusan untuk beroperasi dan keizinan melibatkan pergerakan pekerja ke luar daerah, antara negeri dan luar pesisir memandangkan permit yang dikeluarkan sebelum ini sudah dianggap tidak sah.

“PKP penuh atau ‘total lockdown’ akan bermula selepas 12 tengah malam ini dan majikan melibatkan 17 sektor penting tersebut perlu memberi arahan yang jelas kepada pekerja mereka berhubung perancangan operasi dalam tempoh tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI