fbpx

Kanada lanjut tarikh luput 50,000 vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilangan penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Persidangan Antarabangsa Mississauga, Ontario, Kanada, pada 15 Mei lalu. - AFP

OTTAWA, Kanada – Pihak berkuasa kesihatan Kanada mengumumkan lanjutan  tarikh luput hampir 50,000 dos vaksin koronavirus  AstraZeneca  selama satu bulan.

Perkhidmatan Kesihatan Kanada dalam satu kenyataan berkata,  persetujuan untuk melanjutkan  jangka hayat dua lot vaksin dari 31 Mei hingga 1 Julai ini  disokong oleh bukti-bukti  saintifik.

“Perubahan ini dapat memastikan lebih banyak wilayah menggunakan bekalan sedia ada dan memberikan penduduk Kanada akses kepada dos vaksin yang sangat diperlukan,” kata agensi itu.

Jurucakap perkhidmatan kesihatan itu mengatakan bahawa setakat 22 Mei lalu,  terdapat sekitar 49,000 dos vaksin AstraZeneca di negara tersebut dengan tarikh luput 31 Mei 2021.

Stesen televisyen CBC melaporkan bahawa kebanyakan bekalan itu berada di wilayah Ontario.

Pihak berkuasa kesihatan Kanada sebelum ini telah meluluskan jangka hayat enam bulan untuk vaksin AstraZeneca.

Bagaimanapun, pihak berkenaan mendakwa menerima maklumat saintifik pada 27 Mei lalu bahawa kestabilan produk dan data pemodelan matematik menunjukkan kedua-dua lot yang terlibat dapat digunakan dengan selamat dan berkesan dengan tambahan tarikh luput selama sebulan.

Lebih  55 peratus daripada 38 juta warga Kanada telah menerima satu dos vaksin Covid-19 dan hanya lima peratus yang telah menerima dua dos lengkap.

Selain AstraZeneca, vaksin daripada Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson adalah antara pelalian Covid-19 yang diluluskan untuk digunakan di Kanada. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI