fbpx

Ada penghuni dalam almari dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video di YouTube menunjukkan wanita tersebut menyelinap turun dari sebuah almari sempit di dapur rumah Cummings. – YOUTUBE/BILJJNYC

MANHATTAN, NEW YORK – Misteri kejadian makanan dan minuman yang sering hilang di rumah seorang lelaki di bandar raya Manhattan akhirnya terjawab apabila dia melihat seorang wanita tinggal secara rahsia di dalam almari di dapur rumahnya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Joe Cummings mengambil keputusan memasang kamera tersembunyi di dapur rumahnya selepas mendapati stok makanan selalu hilang. Teman wanitanya menafikan melakukan perkara itu.

Rakaman kamera itu menunjukkan seorang wanita menyelinap keluar dari sebuah lamari di tepi pintu dapur rumahnya.

Penceroboh itu kemudian membuang air kecil di dalam sinki sebelum mengambil makanan dan minuman serta menikmatinya sambil menonton televisyen.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut memanjat kembali ke tempat persembunyiannya.

Sebaik menonton rakaman itu, Cummings menghubungi pihak polis dan wanita itu akhirnya diberkas.

Penceroboh itu didapati tinggal di dalam almari tersebut selama dua minggu.

“Saya tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam almari itu. Satu-satunya cara untuk masuk ke dalamnya adalah menerusi tingkap memandangkan saya tinggal pangsapuri tingkat paling atas.

“Menurut polis, wanita itu berkemungkinan datang ke rumah saya untuk mencuri ketika saya tiada di rumah, namun dia membuat keputusan untuk tinggal di dalam ruang sempit itu,” tulis Cummings di YouTube.

Video tersebut dirakam pada tahun 2009, namun kembali menjadi tular selepas menerima lebih 14 juta tontonan di YouTube. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI