PEMERIKSAAN awal pasukan bomba mendapati kebakaran dipercayai berlaku daripada alat mainan seks yang dibiarkan dicaj berhampiran tilam.

Cas alat mainan ‘dewasa’ sampai terbakar, penghuni ‘ghaib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Tilam di dalam bilik sebuah rumah di Taman Belimbing Harmoni, Durian Tunggal di sini terbakar dipercayai berpunca daripada sebuah alat mainan seks yang dibiarkan dicas.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.55 tengah hari tadi menerusi talian MERS 999.

Katanya, sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah (BPP) dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah tilam di dalam bilik di rumah berkenaan.

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada alat mainan seks yang dibiarkan dicas oleh penghuni.

“Bagaimanapun ketika kebakaran berlaku, penghuni terbabit dipercayai telah keluar dan sepanjang operasi pemadaman dijalankan, tiada individu tampil mengaku sebagai pemilik atau penghuni rumah,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN