Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di Taman Senangin, Perai, hari ini.

10 penghuni terselamat, empat rumah teres terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seramai 10 penghuni dilaporkan terselamat dalam kejadian kebakaran membabitkan empat buah rumah teres di Taman Senangin, Perai di sini, awal pagi tadi.

Mangsa terdiri lapan warga emas dan dua lelaki dewasa dikatakan sempat keluar dari kediamam masing-masing dalam keadaan sehelai sepinggang.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 12.45 malam tadi.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan BBP Butterworth, Bandar Perda dan Kepala Batas.

“Anggaran peratusan akibat kebakaran kesemua rumah terlibat adalah antara 30 hingga 80 peratus.

“Semua penghuni selamat dan telah berjaya keluar sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kebakaran telah berjaya dipadamkan pada pukul 1.48 pagi tadi dan diteruskan dengan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi lejadian

“Operasi tamat pada pukul 2.2 pagi dan kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN