fbpx

Hong Seng kembali untung suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembuatan sarung tangan, penjagaan kesihatan, sewa beli dan automotif bakal menjadi penyumbang kepada prestasi kewangan yang kukuh.

PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Bhd. (Hong Seng) mencatat keuntungan bersih RM6.03 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020 berbanding kerugian bersih sebanyak RM8.22 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Teoh Hai Hin berkata, hasil meningkat kepada RM56.43 juta berbanding  RM0.34 juta tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini disumbangkan daripada sayap penjagaan kesihatan Kumpulan iaitu HS Bio Sdn. Bhd. dan subsidari,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Bagi tempoh kumulatif berakhir 31 Mac 2021, Hong Seng kembali mencatat untung sebanyak RM10.49 juta berbanding kerugian bersih sebanyak RM7.43 juta tahun lalu.

Hasil bagi tempoh berkenaan berkembang kepada RM82.78 juta berbanding RM4.43 juta tahun sebelumnya.

Selain itu, Hai Hin menerangkan, peningkatan hasil dalam tempoh kumulatif tersebut disumbangkan oleh pendapatan sebanyak RM77.90 juta daripada segmen penjagaan kesihatan yang dipacu oleh HS Bio yang membekalkan  ujian kit polymerase chain reaction (PCR) Covid-19 dan Neogenix Laboratoire Sdn. Bhd. yang membekalkan sampel ujian masa sebenar PCR Covid-19.

“Kumpulan melihat tahun 2020/2021 merupakan tahun yang mencabar tetapi kami yakin melalui insiatif pengembangan Kumpulan dalam sektor pembuatan sarung tangan, penjagaan kesihatan, sewa beli dan automotif, ia akan menjadi langkah positif untuk membawa Kumpulan mencatat prestasi kewangan yang lebih baik pada masa depan,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI