fbpx

71 pekerja kilang sarung tangan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pekerja kilang yang menjalani ujian Covid-19.

KUALA PILAH – Bilangan kes positif Covid-19 membabitkan pekerja sebuah kilang sarung tangan yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Dioh di sini meningkat kepada 71 orang daripada keseluruhan 415 pekerja yang melakukan ujian saringan

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, kesemua mereka yang dijangkiti itu membabitkan 64 orang pekerja warga asing manakala tujuh orang rakyat tempatan.

“Terdapat 112 orang lagi pekerja kilang terbabit yang sudah dibuat saringan Covid-19 masih menunggu keputusan manakala seramai 232 orang menunjukkan negatif wabak berkenaan.

“Jumlah terkini itu diperoleh selepas keputusan ujian RT-PCR diperoleh hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) daerah berkata, kilang berkenaan sudah diarahkan tutup selama 14 hari sejak dua hari lalu.

Sementara itu, Mohd. Faizal juga memaklumkan, ujian saringan Covid-19 terhadap 287 orang pekerja sebuah kilang sarung tangan di Jemapoh dekat sini masih belum diketahui.

“Daripada 287 berkenaan, sebanyak 99 warga asing dan 188 warga tempatan sudah disaring dan masih menunggu keputusan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI