fbpx

Lelaki pakai topeng muka unik tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga asing mengenakan topeng muka buatan sendiri di PPV Kompleks Sukan LADA di Langkawi, dua hari lalu.

LANGKAWI – Seorang lelaki warga asing menarik perhatian ramai apabila mengenakan topeng muka unik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi di sini, baru-baru ini.

Gambar lelaki terbabit yang dirakamkan individu lain tular di laman sosial Facebook.

Dia dilihat memakai topeng buatan sendiri berkenaan yang menutup penuh muka di samping memakai pelitup separuh muka di atas alat tersebut.

Tindakannya memakai peralatan tersebut menarik perhatian ramai.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr. Mansor Ismail mengesahkan kehadiran lelaki berkenaan sebagai penerima vaksin Covid-19, dua hari lalu.

Katanya, lelaki terbabit pada awalnya hanya mengenakan pelitup separuh muka.

“Walau bagaimanapun ketika berada di stesen pemerhatian, lelaki itu bertindak mengeluarkan alat tersebut daripada beg dan mengenakannya pada muka.

“Berdasarkan pengakuan yang diberikan kepada petugas kesihatan, lelaki itu memberitahu dia tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit berkaitan pernafasan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit hadir untuk menerima vaksin setelah mendapat panggilan untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Beliau juga berkata, pihaknya tidak pasti apa tujuan lelaki itu berbuat demikian sehingga menarik perhatian ramai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI