fbpx

Korea Selatan benar penerima dos pertama vaksin tidak pakai pelitup muka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Kim Boo-kyum bercakap semasa pertemuan interagensi harian mengenai tindak balas Covid-19 Korea Selatan di kompleks kerajaan di Seoul, semalam. - Yonhap

SEOUL – Korea Selatan mengumumkan bahawa rakyatnya yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka di tempat awam mulai Julai ini, lapor agensi berita Yonhap semalam.

Penetapan itu adalah sebahagian daripada inisiatif supaya rakyat Korea Selatan segera mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, kerajaan juga dalam perbincangan untuk mempertimbang mengakhiri larangan berkumpul bersama ahli keluarga untuk penerima dos pertama vaksin.

Korea Selatan melancarkan kempen vaksinasi kebangsaan yang memerlukan dua dos pada Februari lalu dan menyasarkan mencapai imuniti kelompok menjelang November ini.

Bermula Julai ini, penduduk  yang telah mendapat suntikan vaksin pertama boleh keluar rumah tanpa memakai pelitup muka. 

Mereka yang telah menyelesaikan dua dos yang diwajibkan pula akan dikecualikan daripada larangan perhimpunan dan peraturan had bilangan di restoran dan kafe.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyum berkata, pihak berkuasa kesihatan merancang untuk meneliti semula sepenuhnya sekatan koronavirus oleh kerajaan pada akhir September ini  ketika lebih 70 peratus penduduk dijangka telah menerima suntikan pertama mereka.

“Kami juga akan mengkaji untuk melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup apabila sudah mencapai imuniti kelompok,” kata Boo-kyum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI