fbpx

Wasiyyah Shoppe tawar promosi diskaun sehingga 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wasiyyah Shoppe sentiasa membantu pelanggannya untuk mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan.

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Bhd. (Wasiyyah Shoppe) mengunjurkan promosi terbaharu bagi perkhidmatan perancangan harta secara syariahnya, bakal menyumbang sebanyak 30 peratus daripada pendapatan keseluruhan syarikat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, promosi yang akan berakhir sehingga 30 Jun ini menawarkan diskaun di antara 15 peratus hingga 30 pe­ratus kepada masyarakat yang ingin merancang harta terutamanya menggunakan kaedah hibah harta dan perkhidmatan pewarisan perniagaannya.

“Semenjak pandemik Co­vid-19 melanda negara, kami menyaksikan lonjakan permintaan 100 peratus dari tahun 2020 ke tahun 2021. Ini adalah kerana masyarakat mulai faham betapa pentingnya mereka merancang harta pada hari ini kerana risiko yang semakin tinggi ekoran krisis kesihatan,” katanya dalam ken­yataan yang dikeluarkan semalam.

Ariffin menjelaskan, syarikat juga menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran untuk memudahkan pelanggan mendapat manfaat daripada perkhidmatannya melalui gerbang bayaran yang terpilih.

“Dengan pengenalan akad hibah secara online yang dilancarkannya sejak April 2020, Wasiyyah Shoppe kini tidak berdepan sebarang masalah untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan waris-waris pelanggannya yang berada di seluruh dunia.

“Berbanding sebelum pandemik ini, kami perlu bertemu secara bersemuka dengan pe­langgan dan penerima hibah di dalam satu majlis akad.

“Dengan pengenalan akad hibah secara online, ia boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja lokasi pelanggan di seluruh dunia asalkan ada akses kepada internet,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI