fbpx

Tuchel akui nasib menyebelahi Chelsea biarpun tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA tewas kepada Villa pada aksi terakhir, namun bernasib baik apabila mara ke saingan Liga Juara-Juara selepas Leicester turut tewas. – AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menegaskan skuad kendaliannya bernasib baik apabila melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Meskipun tewas kepada Aston Villa pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park malam kelmarin, namun The Blues masih berada dalam kelompok empat teratas selepas Leicester City juga mencatat kekalahan.

Pada perlawanan itu, Villa menjaringkan dua gol menerusi Bertrand Traore dan Anwar El-Ghazi sementara gol Chelsea dijaringkan Ben Chilwell.

“Chelsea sangat bernasib baik apabila Tottenham Hotspur membantu kami menewaskan Leicester, sekali gus memastikan kami menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

“Kami datang ke sini untuk menang tetapi gagal melakukannya. Bagaimanapun, tuah menyebelahi kami walaupun tewas pada perlawanan penting ini,” kata pengendali dari Jerman itu.

Ketika mengulas me­ngenai kecederaan penjaga gol, Edouard Mendy yang terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama, Tuchel berharap ia bukanlah kecederaan serius.

“Dia mengalami rasa sakit di bahagian rusuk kerana terlanggar tiang gol. Kami berharap dia boleh beraksi Sabtu nanti (final Liga Juara-Juara),” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI